Petua Awet Muda
Saya teringat petua zaman dulu iaitu untuk awet muda hendaklah mengamalkan beberapa petua, antaranya ialah :-
- Berhenti makan sebelum kenyang
- Makanlah ulam-ulaman sebagai sebahagian daripada lauk-pauk (diet) kita
- Terus meminum air masak apabila bangun pagi….(ini banyak khasiatnya)
- Bangun sembahyang subuh…air wuduk yang kena di muka amat baik
- Senyum sokmo la kate orang tenganu.
Bilik Berhawa Dingin
Saya pernah terbaca bahawa untuk mengelakkan bilik tidur menjadi terlalu kering disebabkan suhu yang dingin maka bolehlah kita meletakkan segelas air di dalam bilik tidur kita. Jangan ditutup gelas tersebut dan seeloknya jangan gunakan yang mudah pecah (fragile) takut terkena tangan anda di waktu malam. Seeloknya juga letakkan di suatu tempat yang sederhana tinggi agar tidak mudah dicapai.
Petua Menghilangkan Sakit Tekak/Pecah Mulut (Ulcer)
Bagi yang sering mengalami keadaan ini terdapat berbagai ubatan yang sesuai digunakan seperti ‘Bonjela’ dan sebagainya. Namun saya lebih gemar berkumur-kumur dengan bancuhan air garam beberapa kali dan biasanya ia akan sembuh seperta sediakala.
Kebaikan Omega 3
Tidak semua lemak tidak baik untuk kita. Omega 3 adalah elok & dijumpai di dalam beberapa jenis ikan tertentu. Ia berfungsi mengawal darah beku dan tekanan darah.
Cerita yang sering kita dengari ialah para saintis suatu masa dahulu terpegun bila mendapati kaum Eskimo jarang mengalami masalah jantung. Rupa-rupanya mereka sering memakan ikan tertentu yang kaya dengan Omega 3.
Masalah jantung merupakan antara pembunuh penting di dunia. Ia berlaku biasanya apabila darah yang tersumbat terbentuk di dalam salur darah & menghalang perjalanan darah & oksigen ke jantung.
1. Omega 3 membantu dengan menurunkan tekanan darah dengan menghalang penghasilan sumber di dalam badan yang menyebabkan salur darah mengecil.
2. Ia juga menghalang platlet darah bergumpal sesama mereka.
3. Ia mengurangkan tahap ‘trigylcerides’, lemak yang berkait rapat dengan tahap kolesterol yang juga dikaitkan dengan masalah jantung.
Ikan yang mengandungi banyak sumber omega 3 ialah salmon, mackerel dan tuna. Namun sekarang kan sudah ada berbagai kapsul omega 3 yang dijual di pasaran. Pilihlah untuk kebaikan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment