Tuesday, January 15, 2008

Petua Orang Lama

Petua Awet Muda

Saya teringat petua zaman dulu iaitu untuk awet muda hendaklah mengamalkan beberapa petua, antaranya ialah :-
- Berhenti makan sebelum kenyang
- Makanlah ulam-ulaman sebagai sebahagian daripada lauk-pauk (diet) kita
- Terus meminum air masak apabila bangun pagi….(ini banyak khasiatnya)
- Bangun sembahyang subuh…air wuduk yang kena di muka amat baik
- Senyum sokmo la kate orang tenganu.


Bilik Berhawa Dingin

Saya pernah terbaca bahawa untuk mengelakkan bilik tidur menjadi terlalu kering disebabkan suhu yang dingin maka bolehlah kita meletakkan segelas air di dalam bilik tidur kita. Jangan ditutup gelas tersebut dan seeloknya jangan gunakan yang mudah pecah (fragile) takut terkena tangan anda di waktu malam. Seeloknya juga letakkan di suatu tempat yang sederhana tinggi agar tidak mudah dicapai.


Petua Menghilangkan Sakit Tekak/Pecah Mulut (Ulcer)

Bagi yang sering mengalami keadaan ini terdapat berbagai ubatan yang sesuai digunakan seperti ‘Bonjela’ dan sebagainya. Namun saya lebih gemar berkumur-kumur dengan bancuhan air garam beberapa kali dan biasanya ia akan sembuh seperta sediakala.


Kebaikan Omega 3

Tidak semua lemak tidak baik untuk kita. Omega 3 adalah elok & dijumpai di dalam beberapa jenis ikan tertentu. Ia berfungsi mengawal darah beku dan tekanan darah.

Cerita yang sering kita dengari ialah para saintis suatu masa dahulu terpegun bila mendapati kaum Eskimo jarang mengalami masalah jantung. Rupa-rupanya mereka sering memakan ikan tertentu yang kaya dengan Omega 3.

Masalah jantung merupakan antara pembunuh penting di dunia. Ia berlaku biasanya apabila darah yang tersumbat terbentuk di dalam salur darah & menghalang perjalanan darah & oksigen ke jantung.

1. Omega 3 membantu dengan menurunkan tekanan darah dengan menghalang penghasilan sumber di dalam badan yang menyebabkan salur darah mengecil.

2. Ia juga menghalang platlet darah bergumpal sesama mereka.

3. Ia mengurangkan tahap ‘trigylcerides’, lemak yang berkait rapat dengan tahap kolesterol yang juga dikaitkan dengan masalah jantung.

Ikan yang mengandungi banyak sumber omega 3 ialah salmon, mackerel dan tuna. Namun sekarang kan sudah ada berbagai kapsul omega 3 yang dijual di pasaran. Pilihlah untuk kebaikan anda.

Thursday, January 10, 2008

AWET MUDA ALTERNATIF SELAIN BOTOX

JANGAN mudah percaya jika anda melihat wajah bintang pujaan anda yang kelihatan begitu menyerlah dan cantik di dada-dada akhbar mahupun majalah.``Kalau ia nampak begitu cantik dan mengasyikkan seolah-olah ia terlalu bagus pada hakikatnya, tanggapan anda mungkin ada betulnya,'' kata Craig Jessup.Amaran itu dikeluarkan oleh seorang jurusolek celebrity Hollywood ketika ditanya tentang raut wajah para artis di tempatnya yang tidak dimamah usia.Bukan sahaja nama-nama seperti Kylie Minogue, Demi Moore dan Madonna tidak nampak tua, malah mereka juga nampak lebih muda daripada sebelumnya.

Bagaimanakah itu semua mungkin terjadi?Daripada faktor genetik ke gaya hidup sihat, grooming, teknik foto dan pencahayaan, warna mekap, potongan rambut, kerja keras hasil bantuan jurulatih peribadi, pembedahan plastik serta pelbagai kaedah rawatan meremajakan kulit - semuanya memainkan peranan.Pakar kecantikan yang bekerjasama dengan Jessup pula berkata, tidak kurang juga individu yang menjadi bertambah menawan selaras peningkatan usianya.``Seseorang juga akan kelihatan semakin berseri-seri apabila dia menjadi seorang yang lebih terkenal,'' ujar beliau.Pakar Estetik dan Antipenuaan, salah sebuah pusat perubatan estetik swasta di Klang, Selangor, Dr. Alice Prethima Michael berkata, proses penuaan menyebabkan perubahan tertentu pada kulit.``

Apabila usia bertambah, kolagen dan elastin iaitu serat yang mengekalkan ketegangan kulit akan menjadi lemah.``Akibatnya, kulit menjadi longgar dan tidak kejap, menipis dan kehilangan lemak - membuatkan ia kelihatan tidak tegang dan berkedut,'' katanya.Dalam pada perubahan-perubahan itu berlaku, graviti turut melaksanakan tugasannya dengan menarik-narik kulit, menyebabkannya menjadi kendur.Menurutnya, matahari menjadi penyebab utama perubahan kulit. Berapa banyak seseorang itu terdedah kepada sinarannya akan menentukan sejauh manakah kedutan pada kulit.``

Pendedahan terhadap cahaya matahari semasa remaja mahupun kanak-kanak memberikan impak yang besar kepada kulit pada usianya 30, 40 atau 50 tahun.``Sebab itulah, pemakaian pelindung sinaran ultraungu adalah sangat penting dan menjadi asas dalam penjagaan kulit terutamanya pada bahagian wajah,'' katanya.Merokok juga menjadi faktor penyumbang kepada kulit yang berkedut selain turut bergantung kepada ibu bapa kerana ia cenderung diwarisi.Dr. Alice berkata, terdapat beberapa kaedah bagi merawat tanda-tanda penuaan seperti asid retinoik dalam menterbalikkan kesan-kesan kerosakan akibat matahari.

Sementara itu, garis-garis halus yang disebabkan oleh ekspresi wajah selama bertahun-tahun seperti senyum, mengelipkan mata, ketawa, mengunyah mahupun mengerutkan dahi boleh dirawat dengan beberapa teknik lain sama ada secara suntikan mahupun laser.Botox, kata Dr. Alice, jenama singkatan daripada Botulinum Toxin merupakan rawatan awet muda yang berasal daripada racun clostridium botulinum, muncul pilihan nombor satu celebrity Hollywood.``

Suntikan `susuk moden' itu bertindak dengan cara menghalang penghasilan bahan kimia neurotransmiter asetilkolin oleh hujung-hujung saraf yang menghantar impuls pengecutan otot.``Ringkasnya, ia menghalang saraf daripada menyampaikan mesej kepada otot-otot agar mengecut, sebaliknya merehatkan otot-otot,'' katanya.Dalam sejarah industri kosmetik, tidak ada satu rawatan seumpamanya yang begitu pantas berkembang di dalam pasaran seperti mana botox meraih perhatian umum.

Khabar angin yang bertiup kencang mengaitkan penggunaan prosedur tidak sampai setengah jam ini dengan bintang-bintang terkemuka Hollywood.Walaupun tidak mengakuinya secara terbuka tetapi Sylvester Stallone, Elizabeth Hurley, Celine Dion, Kim Bassinger dan pengacara American Idols, Ryan Seacrest dipercayai memakai botox.Hanya beberapa orang yang berani membuat pengumuman terbuka mengenainya seperti aktor Cliff Richard, pelakon komedi Joan Rivers dan aktres Annie Potts.Dan, apa-apa sahaja yang menjadi kegilaan para bintang Hollywood yang menjadi medan uji kaji oleh para pakar di bidang itu yang sama ghairahnya, turut menjadi obsesi di kalangan para peminat.

Malah, bahangnya turut sampai ke mari dan anda tidak mampu meneka sama ada orang yang duduk di sebelah anda pun menggunakan prosedur tersebut ataupun tidak.Di sebalik kehebatannya itu, FDA melahirkan kebimbangan akan potensi botox yang kini diambil seolah-olah vitamin biasa, daripada disalah guna.Isnin lalu, sepasang suami isteri di New York lumpuh satu badan selepas disuntik dengan cecair rawatan botox palsu yang mengandungi bahan toksin 2,000 kali ganda lebih kuat berbanding suntikan botox biasa.``

Botox merupakan preskripsi ubat-ubatan yang sangat kritikal dikendalikan oleh pakar berkelayakan sahaja, dalam suasana perubatan yang bersesuaian.``Jika tidak kena caranya, seperti suntikan yang berlebihan misalnya, boleh menyebabkan kelopak mata atas terkulai ke bawah (ptosis) selain mengancam nyawa,'' kata Dr. Alice.Beliau menjelaskan, sebenarnya, terdapat beberapa alternatif dalam rawatan memberikan keremajaan semula pada wajah di dalam pasaran.Ia sesuai dilakukan oleh individu dengan gaya hidup yang sibuk dan tidak memerlukan cuti atau masa pemulihan yang panjang.``

Rata-ratanya hanya memakan masa lebih kurang 45 minit, waktu rehat selepas prosedur yang sangat sekejap (boleh meninggalkan klinik dengan segera).``Proses penyembuhannya juga pantas dan paling penting, ketidakselesaan yang minimum darinya,'' katanya.Antara soalan yang boleh diajukan kepada doktor sebelum prosedur dimulakan adalah dari segi kelayakannya, hasil yang boleh dijangkakan, jangka masa rehat, risiko, komplikasi serta kosnya.Berikut adalah antara beberapa prosedur rawatan kosmetik terkini dan sebahagiannya semakin popular bagi masalah kulit menua:* MesoterapiGabungan vitamin, mineral, ubat-ubatan dan asid amino (isipadu jumlah mengikut kesesuaian individu) disuntik menggunakan jarum yang sangat halus, secara langsung di bawah permukaan kulit yang disasarkan.Ia membantu melawan radikal bebas, merangsang fibroblas yang menghasilkan serat kenyal, kolagen dan elastin di samping mendorong metabolisme badan.

Selain kegunaannya untuk merawat kedutan di muka, mesoterapi juga boleh digunakan untuk mengurangkan berat badan, selulit, keguguran rambut, menghapuskan kesan parut dan membentuk badan.* LaserMenggunakan tenaga laser karbon dioksida (CO2) atau sumber cahaya yang dipancarkan ke atas kulit yang kemudiannya diserap oleh cecair di dalam sel-sel kulit, sekali gus menegangkan kedutan dan garis-garis halus.Sel-sel kulit lebih tua disingkirkan dengan lembut, lapisan demi lapisan, digantikan dengan kulit baru, segar dan sihat.Proses ini juga memulakan pengeluaran kolagen secara alami yang mengetat dan memberikan penampilan muka yang lebih `terangkat'.Lazimnya digunakan untuk melenyapkan garisan pada bibir yang disebabkan oleh aktiviti merokok dan merawat parut daripada jerawat.Kaedah ini juga berupaya menghilangkan tatu yang tidak dikehendaki sebagaimana menjadi kegemaran Geri Halliwell dan Cher.* Endermologi Teknik urutan ini meningkatkan pengaliran darah pada bahagian muka dan juga boleh dilakukan di seluruh badan untuk merehatkan otot-otot.Bersama-sama rejimen senaman, diet dan vitamin, endermologi sangat baik untuk merawat selulit dan pembentukan badan.

* MicrodermabrasionTurut dikenali sebagai prosedur makan tengah hari di mana kristal-kristal aluminium oksida ditiup atau dilalukan di atas kulit sebelum ditanggalkan semula menggunakan vakum - membawa bersamanya lapisan luar kulit.Rawatan ini turut menanggalkan bintik hitam dan putih yang menutup liang kulit, meratakan rona wajah serta mengecilkan luang roma.* Pengelupasan kimia (chemical peel)Rumusan kimia ditempatkan di atas bahagian wajah bagi menanggalkan lapisan kulit mati. Ia mengambil masa beberapa hari sehingga dua minggu sebelum menyerlahkan kulit bawah yang baru dan kelihatan lebih segar. Lazimnya digunakan bagi merawat garisan halus sekeliling mata dan mulut.* Likatan kosmetik (cosmetic filler)Aktres Melanie Griffith dan Pamela Anderson memilih cara ini kerana manfaatnya yang luas dari membuang parut jerawat hingga merawat kedutan dan menganjalkan semula bibir.Likatan tisu lembut biasanya berupa kolagen atau lemak membantu mengisi tekstur pipi dan bibir yang kendur agar nampak penuh berisi.

Tuesday, January 1, 2008

Sessi Karaoke

Sessi karaoke ini di ambil semasa majlis kenduri anak saudara di Parit 6, Sg. Besar. Ketika ini Jamal masih dalam proses pemulihan namun, beliau tetap hadir untuk turut sama meraikan majlis perkahwinan tersebut.

Selepas beliau menyampaikan lagu "Ghazal Untuk Rabiah", tiba giliran aku pula untuk memukau para jemputan. disebabkan kemarau yang berpanjangan, untung juga aku men'yumbang'kan lagu demi untuk membasahkan bumi yang lama kekeringan!

Monday, December 31, 2007

WELCOME TO LUMUT, PERAK


A. Pantai Pasir Bogak

Perincian maklumat

Pasir yang memutih dah halus menjadi tarikan pelancong yang datang ke Pantai Pasir Bogak ini. Pelancong juga boleh mandi-mandi di dalam air yang jernih ditemani ikan yang berbagai jenis dan karangan laut yang berbagai bentuk.





B. Pangkor Laut Resort


Perincian maklumat

Pangkor Laut adalah umpama Pulau Impian (Fantasy Island) Malaysia dan di sinilah terdapatnya Pangkor Laut Resort, satu tempat peranginan yang menjadi impian setiap pengunjung.

Pangkor Laut Resort mempunyai tiga pantai utama iaitu, Emerald Bay yang sesuai untuk mandi manda dan berhibur di bawah sinaran cahaya mentari, Coral Beach syurga untuk aktiviti “scuba diving” yang membolehkan kita menikmati keindahan panorama terumbu karan dan hidupan air serta Royal Bay, bagi penggemar-peggemar aktiviti-aktiviti belayar dan meluncur angin.

Pengunjung juga boleh menikmati keseronokan aktiviti “snorkeling”ataupun “scuba diving” sdi pantai Coral Beach yang dipenuhi barisan terumbu karang yagn terindah di dunia serta hidupan air yang berwarna-warni. Pengembaraan bot juga disediakan untuk ke pantai Emerland Bay, mandi mandalah sepuas hati atau hanya sekadar bermalas-malasan di bawah sinaran cahaya matahari.

Selain itu, Pangkor Laut Resort juga menyedaikan penginapan chalet bertaraf antarabangsa yang dilengkapi segala kemudahan untuk berrekreasi, sukan air, gimnasium dan sebuah disko untuk bersuka-ria melepaskan penat dan lelah.




B. Taman Esplanade

Perincian maklumat

Taman yang dibuka kepada umum pada 15 Ogos 1996 telah menarik tumpuan pelancong yang transit ke Pulau Pangkor. Selain kedudukannyayang terletak berhampiran jeti, faktor landskap yang cantik juga turut diambil kira. Kemudahan yang disediakan Majlis Perbandaran Manjung menjadi sebab utama para pelancong gemar mengunjunginya. Antaranya pusat kraftangan dan gerai-gerai makan berhampiran laut.

Kini taman ini sedang dibangunkan dimana pusat penerangan pelancongan dan gerai-gerai makanan sedang dalam pembinaan.




B. Jetty Wing

Perincian maklumat

Kawasan ini merupakan jeti utama ke Pulau Pangkor dimana diangkumkan kemudahan seperti tandas, restoran, gerai kraftangan, kaunter tiket dan juga pejabat operasi Kawasan ini merupakan kesinambungan daripada jaluran waterfront dimana ianya mengandungi komponen seperti dataran sungai Dinding yang terletak di hadapan Hotel Putra yang mengandungi ruang bersantai dan juga kiosk. Selain itu terdapat plaza promenade yang mngandungi 2 unit restoran makanan segera, 10 unit gerai jualan hasil laut dan 3 unit kiosk.






B. Marina Wing
Perincian maklumat

Kawasan taman ini mempunyai panorama yang sungguh menarik kerana kedudukannya yang menghala ke kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.
Konsep pembangunan taman awam persisiran pantai di Bandar Lumut adalah diilhamkan daripada pergerakan hidupan laut. Taman awam ini seolah-olah menceritakan tentang kehidupan laut yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia diadaptasikan kepada pergerakan pengunjung taman dengan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi yang disediakan.

Rekabentuk taman ini mempunyai kesinambungan dengan laut yang akan menjadi tarikan utama kepada para pengunjung dan mengintegrasikan pembangunan di kawasan persekitaran dengan faktor semulajadinya. Taman awam ini juga menerapkan unsur-unsur ilmiah di mana mendidik pengunjung untuk mengenali dan menghargai keindahan alam dan sekitarnya. Konsep landskapnya menggambarkan taman ini amat sesuai untuk aktiviti riadah. Taman ini juga dilengkapi dengan 2 buah kiosk dan 5 buah gerai yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 12 malam.




B. Jambatan Tuanku Bainun


Perincian maklumat

Jambatan ini merupakan jambatan terpanjang merentangi sungai di Malaysia ketika ini. Panjang keseluruhan jambatan ialah 1246m dengan 930m rentangnya adalah di atas sungai. Jambatan ini memuatkan dua lorong jalan selebar 3.5m serta bahu jalan berturap selebar 2.5m.

Kerja-kerja pembinaan projek ini dimulakan pada 19 Ogos 1997. Skop projek merangkumi pembinaan jalan dari Bandar Seri Manjung ke kilometer 5 Jalan Damar Laut-Pantai Remis sepanjang 12.8 km dan pembinaan tiga buah jambatan merentangi Sungai Dinding (1,246m), Sungai Tebok Raja Semalon (248m) dan Sungai Sitiawan (653m).

Terdapat tiga belas gerbang merentangi sungai dengan panjang setiap rentang dari 45m hingga 90m. Tiang-tiang didirikan di atas gerbang dan dek jambatan direntangkan di atas tiang ini, menjadikannya struktur jambatan yang dapat memenuhi fungsi teknikal dan astetik. Struktur jambatan juga direkabentuk untuk mampu bertahan impak dari kapal seberat 5000 DWT dengan kelajuan 5.0 knot.

Pembinaan gerbang dilaksanakan dengan kaedah 'balanced cantilever' yang disokong dengan kabel ke menara keluli sementara setinggi 36.0m dipasang di atas kepala cerucuk. Dengan menggunakan "travelling forms' setiap segmen gerbang sepanjang 4.5m dibentuk sehingga menjadi satu gerbang yang sempurna. Keseluruhan jambatan adalah daripada konkrit bertetulang dengan dek jambatan daripada komposit konkrit dan seksyen keluli.

Sesuai dengan keunikan dan keunggulan jambatan ini DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan menamakan jambatan ini sebagai JAMBATAN RAJA PERMAISURI BAINUN dan telah dirasmikan pada hari Isnin, 30 April 2001 bersamaan 6 Safar 1422 Hijrah sempena dengan perayaan ulang tahun baginda yang ke 73. Di bawah jambatan ini terdapat kawasan yang kini telah diaktifkan sebagai tempat bermain kereta kawalan jauh dan juga tempat bersantai.

Sunday, December 30, 2007

Sejarah Awal Daerah Manjung

Menurut Sejarah Melayu sebelum munculnya nama Negeri Perak terdapat suatu kuasa besar yang dinamakan sebagai Kerajaan Gangga Negara (atau Qastan Zarian) yang menakluki di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung. Mengikut buku Sejarah Perak Dahulu Dan Sekarang Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna daripada Kedah, tetapi ada juga cerita yang menyebutkan bahawa kerajaan tua itu diwujud oleh Raja Khmers dari Negara Kemboja. Kerajaan Gangga Negara dinyatakan berpusat di Beruas dan telah wujud sebelum abad ke-8 Masehi.

Dalam tahun 890 seorang anak Raja keturunan dinasti Sailadra Jawa bernama Bolaputra telah menyerang dan mengalahkan Kerajaan Gangga Negara. Tetapi setelah berkahwin dengan puteri Raja Gangga Negara, Raja Bolaputra pun berundur. Pada kurun ke-11, Kerajaan Gangga Negara sekali lagi diserang tetapi pada kali ini, oleh Raja Chola Rajendran I (atau Rajendran Chola Deva I dan Raja Suran) dan menyebabkan kemansuhan Kerajaan Gangga Negara.

Kemudian itu wujudlah dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung. Kerajaan Beruas ini berpusat di Kampung Kota dan kerajaan ini sentiasa bersengketa dengan Kerajaan Manjung sehingga berperang. Kerajaan Beruas turut meminta bantuan daripada Sultan Mahmud Shah pun menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjung dan mengalahkan Kerajaan Manjung dengan mudahnya. Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A’fifullah Shah ( Sultan Perak 33 ) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin ( Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka.Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.

Pada zaman 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Ia merupakan sebuah kerajaan yang purba yang sebesar dan sezaman dengan sebuah lagi kerajaan purba di Perak iaitu Beruas. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut. Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah ( Lumut ) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai Orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa ini Masjid Al-Adli telah dibina melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Kini jajahan ini lebih dikenali sebagai Manjung. Daerah Manjung merupakan sebuah unit pentadbiran yang merangkumi mukim Beruas dan Setiawan. Manjung yang dahulunya pernah menjadi jajahan takluk Beruas apabila pernah ditewaskan oleh Beruas dalam satu pertempuran, kini memasukkan Beruas sebagai salah satu mukim pentadbirannya

Untuk mengingati kembali kegemilangan kerajaan purba, jajahan yang dahulunya dikenali juga dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung pada 1 Januari 1982 yang mana ia merupakan satu unit pentadbiran yang juga merangkumi mukim Beruas dan Sitiawan.
Manjung yang dahulunya menjadi jajahan takluk Beruas apabila apabila ia dikalahkan oleh Beruas dalam satu pertempuran dengan bantuan bala tentera dari Melaka, kini memasukkan pula Beruas dibawah daerah pentadbirannya. Sehingga tahun 1935 jajahan itu tidak dianggap sebagai sebahagian daripada negeri Perak. Lantaran itu pembangunan di situ berjalan agak lembab meskipun ia mempunyai banyak potensi yang boleh di majukan, khususnya dari segi perdagangan antarabangsa. Hanya selepas tahun 1935, barulah usaha untuk memajukan jajahan Dinding dipergiatkan tetapi tidak untuk menjadikan Lumut sebagi pelabuhan. Ini disebabkan terikat dengan perjanjian sulit antara kerajaan negeri-negeri selat dengan kerajaan Perak di mana dipersetujui yang kerajaan Perak tidak akan berbuat demikian, jika tidak jajahan Dinding tidak akan dikembalikan kepada Perak. Jajahan dinding dan Bandar Lumut sebagai pusat pentadbirannya mengambil masa yang agak panjang untuk membangun. Hampir enam dekad lamanya baru ada usaha-usaha untuk mengembalikan kegemilangannya.Tokoh terlibat Nahkoda Mohamad Taib adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan awal Daerah Manjung yang dahulunya dikenali dengan nama Daerah Dinding. Sejarah bermula di Kuala Sepit di sekitar 1857. Beliau juga dikenali dengan nama Tok Noda telah mendapat perkenan dari Sultan Muazzam Shah untuk membangunkan Daerah Dinding setelah ramai yang gagal sebelum ini kerana serangan ganas pihak lanun. Dengan semangat dan iltizam yang tinggi beliau telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Laluan laut yang selamat telah menggalakkan para pedagang untuk ke Kuala Sepit dan bermulalah kemajuan dan kemakmuran Daerah ini.