
A. Pantai Pasir Bogak
Perincian maklumat
Pasir yang memutih dah halus menjadi tarikan pelancong yang datang ke Pantai Pasir Bogak ini. Pelancong juga boleh mandi-mandi di dalam air yang jernih ditemani ikan yang berbagai jenis dan karangan laut yang berbagai bentuk.

B. Pangkor Laut Resort
Perincian maklumat
Pangkor Laut adalah umpama Pulau Impian (Fantasy Island) Malaysia dan di sinilah terdapatnya Pangkor Laut Resort, satu tempat peranginan yang menjadi impian setiap pengunjung.
Pangkor Laut Resort mempunyai tiga pantai utama iaitu, Emerald Bay yang sesuai untuk mandi manda dan berhibur di bawah sinaran cahaya mentari, Coral Beach syurga untuk aktiviti “scuba diving” yang membolehkan kita menikmati keindahan panorama terumbu karan dan hidupan air serta Royal Bay, bagi penggemar-peggemar aktiviti-aktiviti belayar dan meluncur angin.
Pengunjung juga boleh menikmati keseronokan aktiviti “snorkeling”ataupun “scuba diving” sdi pantai Coral Beach yang dipenuhi barisan terumbu karang yagn terindah di dunia serta hidupan air yang berwarna-warni. Pengembaraan bot juga disediakan untuk ke pantai Emerland Bay, mandi mandalah sepuas hati atau hanya sekadar bermalas-malasan di bawah sinaran cahaya matahari.
Selain itu, Pangkor Laut Resort juga menyedaikan penginapan chalet bertaraf antarabangsa yang dilengkapi segala kemudahan untuk berrekreasi, sukan air, gimnasium dan sebuah disko untuk bersuka-ria melepaskan penat dan lelah.

B. Taman Esplanade
Perincian maklumat
Taman yang dibuka kepada umum pada 15 Ogos 1996 telah menarik tumpuan pelancong yang transit ke Pulau Pangkor. Selain kedudukannyayang terletak berhampiran jeti, faktor landskap yang cantik juga turut diambil kira. Kemudahan yang disediakan Majlis Perbandaran Manjung menjadi sebab utama para pelancong gemar mengunjunginya. Antaranya pusat kraftangan dan gerai-gerai makan berhampiran laut.
Kini taman ini sedang dibangunkan dimana pusat penerangan pelancongan dan gerai-gerai makanan sedang dalam pembinaan.

B. Jetty Wing
Perincian maklumat
Kawasan ini merupakan jeti utama ke Pulau Pangkor dimana diangkumkan kemudahan seperti tandas, restoran, gerai kraftangan, kaunter tiket dan juga pejabat operasi Kawasan ini merupakan kesinambungan daripada jaluran waterfront dimana ianya mengandungi komponen seperti dataran sungai Dinding yang terletak di hadapan Hotel Putra yang mengandungi ruang bersantai dan juga kiosk. Selain itu terdapat plaza promenade yang mngandungi 2 unit restoran makanan segera, 10 unit gerai jualan hasil laut dan 3 unit kiosk.
Perincian maklumat
Kawasan taman ini mempunyai panorama yang sungguh menarik kerana kedudukannya yang menghala ke kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.
Konsep pembangunan taman awam persisiran pantai di Bandar Lumut adalah diilhamkan daripada pergerakan hidupan laut. Taman awam ini seolah-olah menceritakan tentang kehidupan laut yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia diadaptasikan kepada pergerakan pengunjung taman dengan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi yang disediakan.
Kawasan taman ini mempunyai panorama yang sungguh menarik kerana kedudukannya yang menghala ke kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.
Konsep pembangunan taman awam persisiran pantai di Bandar Lumut adalah diilhamkan daripada pergerakan hidupan laut. Taman awam ini seolah-olah menceritakan tentang kehidupan laut yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia diadaptasikan kepada pergerakan pengunjung taman dengan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi yang disediakan.
Rekabentuk taman ini mempunyai kesinambungan dengan laut yang akan menjadi tarikan utama kepada para pengunjung dan mengintegrasikan pembangunan di kawasan persekitaran dengan faktor semulajadinya. Taman awam ini juga menerapkan unsur-unsur ilmiah di mana mendidik pengunjung untuk mengenali dan menghargai keindahan alam dan sekitarnya. Konsep landskapnya menggambarkan taman ini amat sesuai untuk aktiviti riadah. Taman ini juga dilengkapi dengan 2 buah kiosk dan 5 buah gerai yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 12 malam.
B. Jambatan Tuanku BainunPerincian maklumat
Jambatan ini merupakan jambatan terpanjang merentangi sungai di Malaysia ketika ini. Panjang keseluruhan jambatan ialah 1246m dengan 930m rentangnya adalah di atas sungai. Jambatan ini memuatkan dua lorong jalan selebar 3.5m serta bahu jalan berturap selebar 2.5m.
Kerja-kerja pembinaan projek ini dimulakan pada 19 Ogos 1997. Skop projek merangkumi pembinaan jalan dari Bandar Seri Manjung ke kilometer 5 Jalan Damar Laut-Pantai Remis sepanjang 12.8 km dan pembinaan tiga buah jambatan merentangi Sungai Dinding (1,246m), Sungai Tebok Raja Semalon (248m) dan Sungai Sitiawan (653m).
Terdapat tiga belas gerbang merentangi sungai dengan panjang setiap rentang dari 45m hingga 90m. Tiang-tiang didirikan di atas gerbang dan dek jambatan direntangkan di atas tiang ini, menjadikannya struktur jambatan yang dapat memenuhi fungsi teknikal dan astetik. Struktur jambatan juga direkabentuk untuk mampu bertahan impak dari kapal seberat 5000 DWT dengan kelajuan 5.0 knot.
Pembinaan gerbang dilaksanakan dengan kaedah 'balanced cantilever' yang disokong dengan kabel ke menara keluli sementara setinggi 36.0m dipasang di atas kepala cerucuk. Dengan menggunakan "travelling forms' setiap segmen gerbang sepanjang 4.5m dibentuk sehingga menjadi satu gerbang yang sempurna. Keseluruhan jambatan adalah daripada konkrit bertetulang dengan dek jambatan daripada komposit konkrit dan seksyen keluli.
Sesuai dengan keunikan dan keunggulan jambatan ini DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan menamakan jambatan ini sebagai JAMBATAN RAJA PERMAISURI BAINUN dan telah dirasmikan pada hari Isnin, 30 April 2001 bersamaan 6 Safar 1422 Hijrah sempena dengan perayaan ulang tahun baginda yang ke 73. Di bawah jambatan ini terdapat kawasan yang kini telah diaktifkan sebagai tempat bermain kereta kawalan jauh dan juga tempat bersantai.


