Monday, December 31, 2007

WELCOME TO LUMUT, PERAK


A. Pantai Pasir Bogak

Perincian maklumat

Pasir yang memutih dah halus menjadi tarikan pelancong yang datang ke Pantai Pasir Bogak ini. Pelancong juga boleh mandi-mandi di dalam air yang jernih ditemani ikan yang berbagai jenis dan karangan laut yang berbagai bentuk.





B. Pangkor Laut Resort


Perincian maklumat

Pangkor Laut adalah umpama Pulau Impian (Fantasy Island) Malaysia dan di sinilah terdapatnya Pangkor Laut Resort, satu tempat peranginan yang menjadi impian setiap pengunjung.

Pangkor Laut Resort mempunyai tiga pantai utama iaitu, Emerald Bay yang sesuai untuk mandi manda dan berhibur di bawah sinaran cahaya mentari, Coral Beach syurga untuk aktiviti “scuba diving” yang membolehkan kita menikmati keindahan panorama terumbu karan dan hidupan air serta Royal Bay, bagi penggemar-peggemar aktiviti-aktiviti belayar dan meluncur angin.

Pengunjung juga boleh menikmati keseronokan aktiviti “snorkeling”ataupun “scuba diving” sdi pantai Coral Beach yang dipenuhi barisan terumbu karang yagn terindah di dunia serta hidupan air yang berwarna-warni. Pengembaraan bot juga disediakan untuk ke pantai Emerland Bay, mandi mandalah sepuas hati atau hanya sekadar bermalas-malasan di bawah sinaran cahaya matahari.

Selain itu, Pangkor Laut Resort juga menyedaikan penginapan chalet bertaraf antarabangsa yang dilengkapi segala kemudahan untuk berrekreasi, sukan air, gimnasium dan sebuah disko untuk bersuka-ria melepaskan penat dan lelah.




B. Taman Esplanade

Perincian maklumat

Taman yang dibuka kepada umum pada 15 Ogos 1996 telah menarik tumpuan pelancong yang transit ke Pulau Pangkor. Selain kedudukannyayang terletak berhampiran jeti, faktor landskap yang cantik juga turut diambil kira. Kemudahan yang disediakan Majlis Perbandaran Manjung menjadi sebab utama para pelancong gemar mengunjunginya. Antaranya pusat kraftangan dan gerai-gerai makan berhampiran laut.

Kini taman ini sedang dibangunkan dimana pusat penerangan pelancongan dan gerai-gerai makanan sedang dalam pembinaan.




B. Jetty Wing

Perincian maklumat

Kawasan ini merupakan jeti utama ke Pulau Pangkor dimana diangkumkan kemudahan seperti tandas, restoran, gerai kraftangan, kaunter tiket dan juga pejabat operasi Kawasan ini merupakan kesinambungan daripada jaluran waterfront dimana ianya mengandungi komponen seperti dataran sungai Dinding yang terletak di hadapan Hotel Putra yang mengandungi ruang bersantai dan juga kiosk. Selain itu terdapat plaza promenade yang mngandungi 2 unit restoran makanan segera, 10 unit gerai jualan hasil laut dan 3 unit kiosk.






B. Marina Wing
Perincian maklumat

Kawasan taman ini mempunyai panorama yang sungguh menarik kerana kedudukannya yang menghala ke kuala Sungai Dinding dan Sungai Sitiawan.
Konsep pembangunan taman awam persisiran pantai di Bandar Lumut adalah diilhamkan daripada pergerakan hidupan laut. Taman awam ini seolah-olah menceritakan tentang kehidupan laut yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dan ia diadaptasikan kepada pergerakan pengunjung taman dengan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi yang disediakan.

Rekabentuk taman ini mempunyai kesinambungan dengan laut yang akan menjadi tarikan utama kepada para pengunjung dan mengintegrasikan pembangunan di kawasan persekitaran dengan faktor semulajadinya. Taman awam ini juga menerapkan unsur-unsur ilmiah di mana mendidik pengunjung untuk mengenali dan menghargai keindahan alam dan sekitarnya. Konsep landskapnya menggambarkan taman ini amat sesuai untuk aktiviti riadah. Taman ini juga dilengkapi dengan 2 buah kiosk dan 5 buah gerai yang beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 12 malam.




B. Jambatan Tuanku Bainun


Perincian maklumat

Jambatan ini merupakan jambatan terpanjang merentangi sungai di Malaysia ketika ini. Panjang keseluruhan jambatan ialah 1246m dengan 930m rentangnya adalah di atas sungai. Jambatan ini memuatkan dua lorong jalan selebar 3.5m serta bahu jalan berturap selebar 2.5m.

Kerja-kerja pembinaan projek ini dimulakan pada 19 Ogos 1997. Skop projek merangkumi pembinaan jalan dari Bandar Seri Manjung ke kilometer 5 Jalan Damar Laut-Pantai Remis sepanjang 12.8 km dan pembinaan tiga buah jambatan merentangi Sungai Dinding (1,246m), Sungai Tebok Raja Semalon (248m) dan Sungai Sitiawan (653m).

Terdapat tiga belas gerbang merentangi sungai dengan panjang setiap rentang dari 45m hingga 90m. Tiang-tiang didirikan di atas gerbang dan dek jambatan direntangkan di atas tiang ini, menjadikannya struktur jambatan yang dapat memenuhi fungsi teknikal dan astetik. Struktur jambatan juga direkabentuk untuk mampu bertahan impak dari kapal seberat 5000 DWT dengan kelajuan 5.0 knot.

Pembinaan gerbang dilaksanakan dengan kaedah 'balanced cantilever' yang disokong dengan kabel ke menara keluli sementara setinggi 36.0m dipasang di atas kepala cerucuk. Dengan menggunakan "travelling forms' setiap segmen gerbang sepanjang 4.5m dibentuk sehingga menjadi satu gerbang yang sempurna. Keseluruhan jambatan adalah daripada konkrit bertetulang dengan dek jambatan daripada komposit konkrit dan seksyen keluli.

Sesuai dengan keunikan dan keunggulan jambatan ini DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah berkenan menamakan jambatan ini sebagai JAMBATAN RAJA PERMAISURI BAINUN dan telah dirasmikan pada hari Isnin, 30 April 2001 bersamaan 6 Safar 1422 Hijrah sempena dengan perayaan ulang tahun baginda yang ke 73. Di bawah jambatan ini terdapat kawasan yang kini telah diaktifkan sebagai tempat bermain kereta kawalan jauh dan juga tempat bersantai.

Sunday, December 30, 2007

Sejarah Awal Daerah Manjung

Menurut Sejarah Melayu sebelum munculnya nama Negeri Perak terdapat suatu kuasa besar yang dinamakan sebagai Kerajaan Gangga Negara (atau Qastan Zarian) yang menakluki di jajahan Dinding, Beruas dan Manjung. Mengikut buku Sejarah Perak Dahulu Dan Sekarang Kerajaan Gangga Negara diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna daripada Kedah, tetapi ada juga cerita yang menyebutkan bahawa kerajaan tua itu diwujud oleh Raja Khmers dari Negara Kemboja. Kerajaan Gangga Negara dinyatakan berpusat di Beruas dan telah wujud sebelum abad ke-8 Masehi.

Dalam tahun 890 seorang anak Raja keturunan dinasti Sailadra Jawa bernama Bolaputra telah menyerang dan mengalahkan Kerajaan Gangga Negara. Tetapi setelah berkahwin dengan puteri Raja Gangga Negara, Raja Bolaputra pun berundur. Pada kurun ke-11, Kerajaan Gangga Negara sekali lagi diserang tetapi pada kali ini, oleh Raja Chola Rajendran I (atau Rajendran Chola Deva I dan Raja Suran) dan menyebabkan kemansuhan Kerajaan Gangga Negara.

Kemudian itu wujudlah dua buah kerajaan iaitu Kerajaan Beruas dan Kerajaan Manjung. Kerajaan Beruas ini berpusat di Kampung Kota dan kerajaan ini sentiasa bersengketa dengan Kerajaan Manjung sehingga berperang. Kerajaan Beruas turut meminta bantuan daripada Sultan Mahmud Shah pun menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjung dan mengalahkan Kerajaan Manjung dengan mudahnya. Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A’fifullah Shah ( Sultan Perak 33 ) mengatakan di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK, Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin ( Hulu Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk Melaka.Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka.

Pada zaman 1980an, daerah ini dikenali sebagai Daerah Dinding. Ia merupakan sebuah kerajaan yang purba yang sebesar dan sezaman dengan sebuah lagi kerajaan purba di Perak iaitu Beruas. Istiadat menandatangani perjanjian penyerahan semula jajahan Dinding kepada Kerajaan Perak telah diadakan pada 16 Februari 1935 bertempat di hadapan Rest House Lumut. Bersempena dengan peristiwa itu, Jajahan Dinding telah ditukar namanya kepada Iskandar District dan Tanah Merah ( Lumut ) ditukar namanya kepada Port Iskandar. Sultan Perak juga telah berkenan melantik Raja Shahriman bin Raja Abdul Hamid sebagai Orang Besar Jajahan. Bagi memperingati peristiwa ini Masjid Al-Adli telah dibina melambangkan kesyukuran di atas penyerahan Dinding kepada Kerajaan Perak. Kini jajahan ini lebih dikenali sebagai Manjung. Daerah Manjung merupakan sebuah unit pentadbiran yang merangkumi mukim Beruas dan Setiawan. Manjung yang dahulunya pernah menjadi jajahan takluk Beruas apabila pernah ditewaskan oleh Beruas dalam satu pertempuran, kini memasukkan Beruas sebagai salah satu mukim pentadbirannya

Untuk mengingati kembali kegemilangan kerajaan purba, jajahan yang dahulunya dikenali juga dengan panggilan Dinding ditukar namanya menjadi Daerah Manjung pada 1 Januari 1982 yang mana ia merupakan satu unit pentadbiran yang juga merangkumi mukim Beruas dan Sitiawan.
Manjung yang dahulunya menjadi jajahan takluk Beruas apabila apabila ia dikalahkan oleh Beruas dalam satu pertempuran dengan bantuan bala tentera dari Melaka, kini memasukkan pula Beruas dibawah daerah pentadbirannya. Sehingga tahun 1935 jajahan itu tidak dianggap sebagai sebahagian daripada negeri Perak. Lantaran itu pembangunan di situ berjalan agak lembab meskipun ia mempunyai banyak potensi yang boleh di majukan, khususnya dari segi perdagangan antarabangsa. Hanya selepas tahun 1935, barulah usaha untuk memajukan jajahan Dinding dipergiatkan tetapi tidak untuk menjadikan Lumut sebagi pelabuhan. Ini disebabkan terikat dengan perjanjian sulit antara kerajaan negeri-negeri selat dengan kerajaan Perak di mana dipersetujui yang kerajaan Perak tidak akan berbuat demikian, jika tidak jajahan Dinding tidak akan dikembalikan kepada Perak. Jajahan dinding dan Bandar Lumut sebagai pusat pentadbirannya mengambil masa yang agak panjang untuk membangun. Hampir enam dekad lamanya baru ada usaha-usaha untuk mengembalikan kegemilangannya.Tokoh terlibat Nahkoda Mohamad Taib adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan awal Daerah Manjung yang dahulunya dikenali dengan nama Daerah Dinding. Sejarah bermula di Kuala Sepit di sekitar 1857. Beliau juga dikenali dengan nama Tok Noda telah mendapat perkenan dari Sultan Muazzam Shah untuk membangunkan Daerah Dinding setelah ramai yang gagal sebelum ini kerana serangan ganas pihak lanun. Dengan semangat dan iltizam yang tinggi beliau telah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Laluan laut yang selamat telah menggalakkan para pedagang untuk ke Kuala Sepit dan bermulalah kemajuan dan kemakmuran Daerah ini.